Thursday 31 March 2011

Bloodlines..

Assalamualaikum n slamat sjahtera...

Wah.. dah lme rase nye kapten tak update blog ni.. Maklum la anak yang sulong baru masuk sekolah.. tu buzy cikit tu..ok tu tipu..ahahahah... Sebenarnye seminggu dua ni kapten sibuk siapkan tesis... Alhamdulillah akhirnya siap jugak..huhu.. 


Hm.. Sebenarnya kapten nak kongsi satu cerita kat korang sume ni.. nak tau tak dari kecik sampai la beso panjang ni keluarga belah ibu dan keluarga belah ayah selalu bagi amaran kat kapten supaya jangan makan pisang raja udang.. Pernah tengok x pisang nye.. Pisang ni spesel cikit sebab die warne merah.. bukan warne kuning..

 Ni la rupe pisangnye.. 

Nak tau x knape dorang asyik bagi amaran yang sama je.. Ha.. Dorang kate kalau kapten makan pisang ni muke dan sluruh anggota badan kapten akan jadi merah dan putih.. Mule-mule tu serius kapten gelak.. Boleh plak jadi macam tu.. pisang je kot.. huhu.. Walaupun kapten x pnah lagi makan pisang ni (2 kali cubaan tuk makan digagalkan oleh keluarga..huhu) namun kapten tak percaya dengan benda tu.. Zaman moden kan.. Mne de sumpahan ni.. Sedangkan  sumpahan Mahsuri pun da habis ye x..


Nak dijadikan cerita 2 minggu lepas jiran kapten de buat kenduri kahwin anaknye.. Mata kapten pun terpandang la seorang lelaki ni tengah makan dengan anak-anaknye.. muke die tompok-tompok putih dan merah.. Kapten ingat mungkin die de penyakit sopak la kot mse kecik.. So kapten pun relax je la.. Malam tu ibu kapten pun crita la kat kiteorang.. Lelaki tu bertompok-tompok sebab makan pisang raja udang.. Mule-mule mak die da larang tapi die makan jugak sebab x pcaye cam kapten gak la.. Benda tu berlaku tahun lepas.. Padahal orang tu da beso pun.. Da de anak bini da.. Seminggu lepas makan pisang tu die terus kene tompok-tompok merah dan putih dari atas mata hingga ke seluruh badan..


Kapten gelak la mungkin ibu kapten buat crita je kan.. Tuk nak dapatkan kepastian esoknye kapten pun pergi la jumpa jiran kapten tu.. Jiran kapten tu dengan selamba cakap.. tu la da tau awak tu bugis nak makan gak pisang raja udang ni.. Kan da kne sumpah.. Pergh.. terdiam kapten.. memang betul la agaknya kot.. bukan keluarga kapten je yang x boleh makan.. tp orang yang berdarah bugis x boleh makan.. Time tu kapten teringat nenek kapten cakap selepas digelakkan oleh kapten dan sepupu 13 tahun yang lepas.."kadang-kadang benda tu nampak lucu tapi itu la hakikatnya.. korang boleh x percaya.. tapi kalau boleh jangan la makan".. 

Takpe la.. pisang raja udang je tak boleh makan.. pisang len boleh.. huhu...




nota kaki: this entry is taken from my experience and the picture in this entry has been "kidnapped" from google images..haha..

Monday 21 March 2011

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar Di Malaysia 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kawan-kawan suka tak pergi melancong? Kapten paling suke melancong.. Lagi-lagi ke kawasan pantai yang indah dan permai..Dengan desiran ombak berlari-lari sambil pohon kelapa melambai-lambai (dah2.. ni nota ilmiah bukan sastera :p). Ok serius balik..hoho.. Sekarang ni banyak projek pembangunan seperti chalet, hotel, gerai-gerai dilaksanakan di kawasan pelancongan untuk kemudahan pelancong dan pengunjung. Selain itu, kawasan penduduk setempat juga mengalami kesan pembangunan dari segi kemudahan jalan raya, lampu jalan dan peluang ekonomi. Namun tidak semua menerima kesan yang positif hasil dari pembangunan tersebut. Biasanya impak negatif berlaku terhadap produk pelancongan tersebut.. Contohnya pelancongan berasaskan pantai.

Impak negatif yang dihadapi oleh pantai ialah hakisan tanah. Tahu tak di kebanyakan pantai di Malaysia mengalami kesan hakisan yang amat membimbangkan. Hakisan ialah proses penghausan atau pengukiran bumi yang melibatkan pemindahan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air hujan, air mengalir, angin, ombak dan lain-lain.. Kadar hakisan biasa (tanpa faktor hujan) di Malaysia ialah antara 2000-3000 tan metrik sekilometer persegi setahun (antara paling tinggi di dunia). Hakisan semakin menjadi-jadi di kawasan pinggir pantai. Dikatakan juga garis pesisir semakin kurang akibat faktor semulajadi (kenaikan aras laut). Bagaimanapun, faktor manusia adalah dianggap paling dominan akibat daripada penarahan pinggir pantai untuk membuat chalet, hotel dan premis perniagaan.
Selain itu impak negatif yang dihadapi oleh pantai ialah pemendapan. Pemendapan ialah     bahan-bahan seperti tanah, kelodak dan pasir yang terdapat di dasar pantai. Pemendapan akan memberi kesan kepada kualiti air marin, ekosistem pinggir pantai, bakau dan terumbu karang. Aktiviti manusia yang rakus menarah tanah untuk pembangunan memburukkan lagi keadaan apabila hakisan tanah meningkatkan proses pemendapan pantai. Pemendapan di dasar sungai dan pinggir pantai akan mencetekkan sungai dan pantai/muara. Hal ini akan menjadikan pantai kurang digemari oleh pelancong yang ingin bermandi manda.

Kesan negatif yang paling kritikal ialah pencemaran marin.  Contoh yang dikumpulkan daripada 237 stesen menunjukkan bahawa pencemar utama perairan pantai di semua negeri di Malaysia adalah minyak dan gris, jumlah pepejal terampai dan bakteria Escherichia coli (E. coli) pergh.. bebelit gak nak mnyebut nye ni.. Hampir 94 peratus daripada contoh tersebut dicemari oleh minyak dan gris, 73 peratus oleh jumlah pepejal terampai dan 30 peratus mengandungi bakteria E. coli. Korang faham-faham la kan pepejal terampai dan bakteria E. coli ni berasal dari mana..huhu.. Pelepasan sisa kumbahan dari taman perumahan dan chalet ke pantai, pembuangan sisa masakan dari gerai dan restoran serta pembuangan sampah oleh pelancong yang datang ke pantai memburukkan lagi keadaan. Pencemaran marin bukan sahaja menjejaskan ekosistem akuatik yang terdapat di pantai tersebut, malah menjejaskan kesihatan manusia.

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada   orang-orang yang memperbaiki amalannya." (al-A'raaf  7:56)


nota kaki: this information is taken and has modified from my lecturer and this picture is taken by google images..  :)

Sunday 20 March 2011

Mari Berdoa

Aslmualaikum dan selamat sejahtera..
Sedang  boring-boring kat umah semalam.. kapten pun bace la majalah Solusi.. kapten suke sangat baca mjalah tu.. stiap bulan akan ada isu dan perbincangan mengenai agama Islam.. Isu yang dibincangkan dalam majalah yang kapten baca tu mengenai doa…Apa itu doa.. Doa merupakan satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi Allah S.W.T. Sebagai manusia kita memerlukan Allah lebih dari segala-galanya dan wajib memuliakan Allah setiap masa.
Doa bukan sahaja dilakukan pada selepas solat.. Tetapi juga pada semua aktiviti kehidupan kita perlu lah dimulakan dan akhirkan dengan doa.. Doa memakai pakaian, mnaiki kenderaan, belajar, makan, tido dan lain-lain. Itu lah unik nya Islam.. setiap perbuatan adalah dengan mengharapkan redha dan rahmat Allah S.W.T. tuhan sekalian alam. Doa bukan hanya sebagai medium untuk kita meminta pertolongan daripada Allah. Malah doa merupakan satu kewajipan bagi setiap hamba untuk membesarkan keagungan Allah.. Ini sebagai mana Allah telah berfirman yg bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”(Surah Ghafir 40:60)..

Mengapa penting berdoa
1. Mengekalkan hubungan dgn Allah S.W.T. setiap masa
Doa merupakan alat penghubung di antara kite sebagai hamba dengan Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Tanpa hubungan antara Maha Pencipta dengan makhluk-Nya, manusia ibarat patung bgerak.. Kenapa kapten cakap macam tu, ha.. cube kawan-kawan fkir.. Allah lah yang menjadikan sesuatu dengan izin-Nya. Jika kita tidak berdoa kita seolah-olah menidakkan kekuasaan Allah. Sume masalah kite kite rase boleh selesai kan sendiri. Akhirnya diri kite akan kosong dari rahmat Allah. Kawan-kawan, bila hati kita tidak dilimpahi rahmat Allah.. adakah diri kite akan tenang.. tak.. tak.. tak.. Mungkin kite dapat selesai kan masalah, namun adakah masalah tersebut baik untuk kite dan orang-orang sekeliling kite.. Allah berfirman bermaksud : “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”. (al-Ra’d 13:28)

2. Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan
Para nabi, rasul, alim ulama dan orang-orang soleh sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. tanpa rasa keberatan. Malah lidah mereka sentiasa menuturkan zikir dan doa. Sebagai manusia yang mempunyai pasang surut iman macam kapten ni.. Sepatutnya kapten perlu menggandakan lagi usaha untuk melazimkan zikir dan doa kepada Allah S.W.T. Apabila kite berdoa, secara tidak langsung akan rasa satu keadaan yang… ntah la.. kapten tatau nak cakap macam mana.. Mungkin apa yang kapten rasa x sama dengan orang lain rasa.. Pada ketika itu timbul satu kesedaran untuk melakukan kebaikan. Masalah yang membelenggu juga seperti terasa ringan. Timbul kesedaran untuk melakukan kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepda mereka daripada kurnia-Nya” (al-Syra 42:26).

3. Didampingi oleh malaikat dan menghalau syaitan
Orang yang sentiasa berdoa ini akan senang didampingi oleh malaikat.. Kerana malaikat merupakan makhluk yang sentiasa memuji kebesaran Allah. Jadi mereka juga mencintai manusia yang sentiasa berdoa dan mengagungkan kebesaran Allah. Jika kita tidak berdoa, syaitan akan sentiasa menghampiri kita.. Time tu kite kan rasa cepat marah, x selesa, x puas hati dan macam-macam lagi sehingga kita lupa dengan nikmat tuhan. Melalui doa lah kita memohon kepada Allah agar dijauhi dari segala tipu daya syaitan..

4. Melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan
Ramai daripada kita sentiasa berkongsi masalah kepada orang lain. Tapi tau x sebenarnya kita perlu berkongsi masalah kita dengan Allah S.W.T. Dia lah yang menciptakan kekusutan dan Dia juga lah yang meleraikan kekusutan tersebut. Kapten x cakap berkongsi masalah dengan manusia tu salah.. Tapi mengikut pengalaman kapten kadang kala kita ceritakan masalah kita seolah-olah kita berputus asa dari rahmat Allah. Berfikiran positif lah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk”. (al-Baqarah 2:186).

5 Mengaktifkan diri untuk berusaha.
Apabila kita berdoa, maka kita dengan sendiri nya telah mengaktifkan diri untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh mase kapten nk buat tesis dulu.. Kapten tatau nak buat ape.. Kapten pun berdoa selepas solat… Alhamdulillah semangat kapten bertambah… idea pun mencurah-curah.. Kawan-kawan ajak kluar pun kapten x nak kuar sebab ada kesedaran selepas berdoa tadi.. Kapten yakin jika kapten tak bedoa kepada Allah mungkin kapten akan menangguhkan kerja tersebut..


6. Menghindarkan daripada penyakit fizikal dan mental
Dengan berdoa, kita akan berasa lebih tenang.. Cara berfikir pun menjadi lebih baik.. Segala tindakan kita lebih tersusun. Hal ini menjadikan kehidupan akan bertambah baik. Jika kita susah sangat nak berdoa.. Mula lah kita berfikir benda yang bukan-bukan… Berfikir kebesaran Allah elok jgak.. ni bfikir benda yang jauh menyimpang dari rahmat Allah.. Time tu mula la kita rasa x tenang, jiwa bergelora.. Akhirnya akan menganggu kesihatan tubuh dan minda. Kadang-kala apa yang kita nak tu bukan bnd yang elok pun.. Tapi sebab tpengaruh dengan persekitaran kita pun rasa nak jugak benda tu.. Melalui doa lah Allah akan memberi hidayah  agar apa yang tidak elok kepada kita dapat dijauhkan…

 Salah faham tentang berdoa
De orang yang suka berdoa tetapi x suka berusaha.. Sebenarnya mukmin yang sejati ialah mukmin yang setelah berusaha mereka akan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Berikut merupakan ciri-ciri manusia.  Apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T... apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan kapten.. Wallahualam.....
Usaha            +   Doa             = Orang Mukmin
Usaha            +  Tanpa Doa   = Orang Sombong
Tiada Usaha  +   Doa             = Orang yang Malas

Saturday 19 March 2011

ARGH... MOTOKU XLE HIDUP... :P

Assalamualaikum dan slamat sejahtera...

Korang pernah tak mengalami peristiwa di mana kenderaan yang korang bwa kan.. (tak kira la moto ke, kereta ke, Light Railway Transit ke..haha..) tibe-tibe x leh gerak.. Mati kat tengah jalan.. Hah... Kapten baru je kene benda ni semalam... huhu..

Cam bese kapten ni klu xde hal tiap-tiap minggu akan balik ke umah... Umah kapten ni memang jauh... Tu sebab kapten nek moto.. klu dekat da jalan kaki dah..hahaha.. Sebenarnye umah kapten dekat je.. kat Kuala Selangor kire-kire 102 kilometer dri tempat kapten blaja (kapten ni ske kire jauh pjlnn..huhu)..


Ni la peta Kuala Selangor kapten search kat google... huhu.. Kapten duk kat bulatan merah tanda 11 tu..huhu

Nak dijadikan crite.. semalam ibu kapten suh la kapten g Maybank nak buat pembayaran yuran asrama adik kapten ni (mengade btl.. zmn kapten sek dulu bayo kat cekgu je ye x.. huhu)... Dalam kol 3 ptg kapten pun g la Maybank kat Pekan Kuala Selangor dengan adik kapten ni ha.. Dah selesai sume kapten ajak la adik kapten ni jalan-jalan sekitar Kuala Selangor yang Indah dan Bersejarah ni kan.. Jalan punye jalan last nye kapten balik umah..

Tapi... Tibe-tibe moto kapten melompat-lompat.. Time tu kapten rase cam nek lembu rodeo je.. huhu... Pastu enjin moto pun mati.. Ah. sudah.. nsb bek die mati kat dalam taman perumahan kapten.. Kapten pun tolak la moto tu bwa balik umah..  Sampai kat umah kapten dengan penuh ilmu di dada ni trus la tengok bawah moto, rantai, minyak hitam dan sume la.. Siap tayar pun kapten cek.. Padahal sebenarnye kapten ni bute bab2 moto ni..ahahahah... So kapten menyimpulkan bahawa moto kapten rosak sebab enjin.. Nak kate minyak hitam dan plug x tkar bru 2 mggu lepas kapten tukar..huhu..

Dalam 10 minit kemudian kapten ajak la adik kapten yang tadi tu g kedai moto tempat kapten beli moto ni la kan.. Kapten cube la hidup kan moto, skali boleh plak die hidup.. Jadi kapten pun tunggang la moto tu.. Tapi bile kuar je dari taman prumahan tibe-tibe moto kapten tu jadi tongkang kene pukul ombak..Nasib bek kapten x mabuk laut.. hahaha..  Pastu mati balik la enjin nye.. Kapten pun telefon la spupu kapten (die pun duk 1 taman dengan kapten) suh die tolong tolak kan moto kapten ni g kedai.. Klu tnggu kapten tolak..  Lame brehat pada menolak ye x..hahaha.. Dalam 5 minit kemudian die pun datang n kiteorang pun g la kedai moto..

Kire-kire 120 saat kemudian.. (klu kapten sorong mau 120 minit..hahaha..).. Sampai la kiteorang kat kedai moto.. Dengan penuh konfiden disertai dengan azam  yang tinggi, kapten pun cakap kat mekanik tu yang moto kapten ni de masalah enjin.. Nak kene tuko enjin nye... Mekanik tu pun cek la moto kapten... 3 4 kali die nak hidupkan moto tu tapi x hidup.. Kapten pun cakap kat orang tu sah enjin rosak.. Mekanik tu tenung kapten de la dalam 10 saat.. Kapten da pelik.. Xkn die jenis minat kat hubungan sejenis ni..ahahah...

Skali die cabut kunci moto kapten pastu bka tempat duduknye.. Buka je tempat duduk tu die terus bka pnutup tangki minyak..  Skali lagi die tenung kapten.. kali ni lgi lame die tenung.. Kapten pun mengangguk maksud nye kenapa la kan..huhu.. Die ketuk tangki minyak kapten pastu terus blah bgitu saje.. Kapten pun tengok la tangki minyak moto kapten tu.. Skali kering da.. nmpak besi tong tu je.. 1 titik minyak RON 95 pun xde kat tangki tu.. Adui... malu seh.. Ingatkan enjin moto rosak.. rupenye x isi minyak.. punye la banyak benda kapten cek kat umah... tapi skali pun kapten x tengok meter minyak dan tong minyak tu..huhu.. x pasal2 kene gelak dengan spupu, adik n orang-orang kat kedai tu.. huhu...

Itu la serba sedikit mengenai peristiwa memalukan yang tidak dapat kapten lupakan.. Sampai skang kapten masih x pcaya knapa la kapten x tengok minyak moto tu dulu..huhu.. Jadi... pengajaran hari ini ialah pastikan minyak kenderaan anda diisi sebelum memulakan perjalanan.. Tidak kang enjin nye mati kate enjin nye yang rosak..ahahahaha....

Wednesday 16 March 2011

TESIS Oooo TESIS

Aslmualaikum dan Slmt Sejahtera...

Skang ni kat tmpat kapten mnimba ilmu (peh ayat) musim pelajar nye nak siapkan tesis.. Memang fenomena la... sume cite sal tesis.. de yang x boleh tido mmikirkan tesis n ade yang rase tension sbb incik tesis ta mau siap..huhu..

Tapi kan.. tesis ni memang brantu skt la.. walaupun ia tiada kaitan dengan saka jentayu atau hantu kak limah, namun bnd ni duk trawang2 je kat kpala kapten.. Dalam mimpi, tgh makan, tgh solat, tgh ehem2.. tgh nek moto pun leh pkir sal tesis ni.. Da la kapten ni jenis suke pikir dulu apa nak buat..


ha... cam ni rupe kapten sebelum nak buat tesis..

Bila da rancang dengan bek skali (die punya rancang tu da macam nak buat tuk phD pny ni), kapten pun mula la bace jurnal (jurnal omputih ok.. ) dan buku-buku yang berkaitan dengan kajian kapten.. TAPI.....

jadi la kapten mcm gmbo ni.. ye la da bhase omputih kan.. huhu


Lagi satu tabiat kapten ni, mase nak buat tesis ke xcimen ke mst sume buku dilambakkan kat atas meja n katil.. last2 nye tatau mane satu nk bace..

hah.. da lbh kurang la muke kapten time tu dgn gmbo di atas.. huhu

Bile da jadi macam tu kan.. korang rase pastu kapten wat pe.. adakah kapten trus membaca dan menyiapkan tesis dengan jayanya?.. alangkah bagusnya mcm tu.. tp akhir nya kapten pun...

tido la.. ape lagi.. haha... nak bagi siap dalam 2 3 hari... ni bukan xcimen.. haha.. kapten edit pun nk dekat 9 jam(x termasuk mlakukan perkara lain).. Da la dalam tido kapten mimpi tesis x siap la, kene marah time present la.. mmg brantu betul tesis ni.. huhu..

Jadi de satu je nasihat kapten tuk kawan-kawan sekalian... Buat la tesis awl2.. jgn mcm kapten ni ha.. org len da key in data kapten bru nk buat soal selidik.. Kan da susah nak buat yang elok2.. Sesungguhnya bertangguh itu pencuri ayam.. eh2.. pencuri masa.. :p

 nota kaki: All picture in this entry is taken by sir google image.. hahah... 

Tuesday 15 March 2011

Bangunan Mesra Alam



Sape pernah tengok cite 11th hour.. angkat laptop.. Sape yang belum tengok lagi jom pakat tengok ramai2..heh.. Cite 11th hour ni mengisahkan bencana alam yang terjadi akibat daripada perbuatan manusia sendiri. Dan dalam cite tu de tunjuk menyelesaian yang akan dan telah dilakukan oleh Negara maju tuk menangani bencana alam ni.. antaranya ialah membina bangunan yang mesra alam..

Bangunan mesra alam ni dibina untuk keperluan manusia, namun dalam masa yang sama ia memelihara alam sekitar. Bangunan ini memperoleh tenaga elektrik daripada sumber bersih seperti cahaya matahari, angin dan air. Tidak seperti bangunan yang menggunakan elektrik daripada sumber api fosil yang mencemarkan.



Sape panas.. tanggal baju.. haha.. Sebenarnya penggunaan alat penghawa dingin ni antara penyebab kenaikan suhu dunia. Dah la banyak makan letrik, pastu leh nipiskan ozon lagi. Ish2.. Melalui bangunan mesra alam ini, alat penghawa dingin tidak digunakan. Sebaliknya bangunan tersebut menggunakan sistem pengairan air ke seluruh bangunan untuk memastikan bangunan sentiasa dalam keadaan dingin.. Subhanallah.. Hebat2..

 

Ada juga bangunan mesra alam ni da jadi macam pokok da fungsinye.. Klu setakat tengok bangunan letak pokok banyak-banyak tu x kisah sangat ye tak. Ni melalui teknologi terbaru.. Simen yang digunakan untuk membina bangunan adalah mesra alam. Simen ni die akan serap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke udara.. Peh.. da macam pokok betul ni..haha..






 Ok anda leh search kat google mengenai gambar-gambar (gambo2 ni pun kapten amik kat google imej je..haha) dan info berguna mengenai bangunan mesra alam ni.. Memang sume gempak2 belake.. Namun sebagai manusia, kita perlu juga menjaga alam sekitar. Kalau bangunan da mesra alam tapi kite masih buang sampah merata-rata, memusnahkan hutan, membakar sampah dan macam-macam la yang boleh menyebabkan alam ini semakin rosak pe guna ye x.. Lagipun AllahS.W.T telah mengingatkan kita agar sentiasa melakukan kebaikan dan  menjaga alam sekitar.



Monday 14 March 2011

My first post.. hahah..(truja plak) ^^'

Aslamualaikum dan selamat sejahtera.. wah.. kepten rei da de blog la.. hehe.. blog ni sje je kapten rei bt tuk lpas kan ape yg tersirat kat kpale otak kapten ni ha.. ialah kn.. bnd da byk dlm otak kne lps kn jgk klu x blh jem.. silap2 tpaksa la bini (bakal la..) kne jge kapten rei kat tampoi..  *.*

 Orait.. knp plih tema development as freedom ni.. asal x ltak je jejaka tampan.. kn realistik.. hahaha..  ok2.. sbenarnya ayat ni ( yg development tu bkn yg tampan tu ;) merupakan sbuah bku yg di tulis oleh Amartya Sen.. seorang tokoh pembangunan yg melihat pembangunan dri persepktif golongan yg tpinggir.. ape golongan yang tpinggir tu.. duk pinggir pantai ke.. ha.. golongan tpinggir ni golongan yg hdup nye ssh, pndptn kurang 1 dolar sehari, umh xde rupe umh kre yg msih lg berjuang utk mdapatkan kperluan asas spt mknn, mnuman, tmpat tggal n pkaian.. kapten bkn dlm glongan ni sbb bab mknn tu tiap2 hri mkn nasi tggi gnung..haha...

Lgipun kapten ni sorang pelajar Sains Pembangunan.. so pembangunan tu da mcm sbati la kat dri kapten ni.. de org kg kte pmbgnn ni bt umh ke.. sbenarnye sc pmbgnn ttumpu kpd kjian mengenai masyarakat. ye la kte manusia kn.. bkn robot (dei robot jepun da de emosi der).. da klu pndduk kg tu duk tepi laut jd nelayan kte bg bntuan sekampit baja padi jadah ape.. ahaha.. jd di sini la sbjek kami ni mnerangkan apa yg diperlukan oleh ssuatu komuniti itu di dalam perspektif pembangunan.

Jap2.. korg ni tau ke pembangunan tu ape makna nye.. kang org tny ckp gak bt umh...ahaha.. Pembangunan ni mempunyai byk istilah mengikut bidang masing-masing. Tp sbenarnya pembangunan ni de 1 mkna spunya die.. ha.. msuk exm ni..haha.. Pembangunan ni merupakan satu proses perubahan yang berterusan untuk meningkatkan taraf hidup. Ha.. ni bkn kapten ckp.. tp pak cik Durkheim yg ckp..haha.. Jdi stiap manusia perlu la mlakukan prubahan ke arah kbaikan kn. Lgpun Islam juga mngajar kita agar menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda.. bkn dri golongan umat baginda yang tidak melakukan sebarang usaha untuk kbaikan di dunia ini.
Hm.. pjg plak post kapten ni kn.. nk bt mcm mne 1st time la kte kn.. hehe.. Rse nye sampai sni sje tuk kli ni.. (wah.. da mcm rncangan program msakan plak.. ).. Kang tlis byk2 kang mkin mngarut kang.. haha.. Jd kepada yg kawan yg sudi membaca blog sy ni.. Salam perkenalan, ukhwah fillah.. Smoga prkenalan ini adalah prkenalan yg diredhai oleh Allah S.W.T.   :)