Sunday 20 March 2011

Mari Berdoa

Aslmualaikum dan selamat sejahtera..
Sedang  boring-boring kat umah semalam.. kapten pun bace la majalah Solusi.. kapten suke sangat baca mjalah tu.. stiap bulan akan ada isu dan perbincangan mengenai agama Islam.. Isu yang dibincangkan dalam majalah yang kapten baca tu mengenai doa…Apa itu doa.. Doa merupakan satu tugas pengabdian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi Allah S.W.T. Sebagai manusia kita memerlukan Allah lebih dari segala-galanya dan wajib memuliakan Allah setiap masa.
Doa bukan sahaja dilakukan pada selepas solat.. Tetapi juga pada semua aktiviti kehidupan kita perlu lah dimulakan dan akhirkan dengan doa.. Doa memakai pakaian, mnaiki kenderaan, belajar, makan, tido dan lain-lain. Itu lah unik nya Islam.. setiap perbuatan adalah dengan mengharapkan redha dan rahmat Allah S.W.T. tuhan sekalian alam. Doa bukan hanya sebagai medium untuk kita meminta pertolongan daripada Allah. Malah doa merupakan satu kewajipan bagi setiap hamba untuk membesarkan keagungan Allah.. Ini sebagai mana Allah telah berfirman yg bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”(Surah Ghafir 40:60)..

Mengapa penting berdoa
1. Mengekalkan hubungan dgn Allah S.W.T. setiap masa
Doa merupakan alat penghubung di antara kite sebagai hamba dengan Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Tanpa hubungan antara Maha Pencipta dengan makhluk-Nya, manusia ibarat patung bgerak.. Kenapa kapten cakap macam tu, ha.. cube kawan-kawan fkir.. Allah lah yang menjadikan sesuatu dengan izin-Nya. Jika kita tidak berdoa kita seolah-olah menidakkan kekuasaan Allah. Sume masalah kite kite rase boleh selesai kan sendiri. Akhirnya diri kite akan kosong dari rahmat Allah. Kawan-kawan, bila hati kita tidak dilimpahi rahmat Allah.. adakah diri kite akan tenang.. tak.. tak.. tak.. Mungkin kite dapat selesai kan masalah, namun adakah masalah tersebut baik untuk kite dan orang-orang sekeliling kite.. Allah berfirman bermaksud : “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”. (al-Ra’d 13:28)

2. Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan
Para nabi, rasul, alim ulama dan orang-orang soleh sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. tanpa rasa keberatan. Malah lidah mereka sentiasa menuturkan zikir dan doa. Sebagai manusia yang mempunyai pasang surut iman macam kapten ni.. Sepatutnya kapten perlu menggandakan lagi usaha untuk melazimkan zikir dan doa kepada Allah S.W.T. Apabila kite berdoa, secara tidak langsung akan rasa satu keadaan yang… ntah la.. kapten tatau nak cakap macam mana.. Mungkin apa yang kapten rasa x sama dengan orang lain rasa.. Pada ketika itu timbul satu kesedaran untuk melakukan kebaikan. Masalah yang membelenggu juga seperti terasa ringan. Timbul kesedaran untuk melakukan kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepda mereka daripada kurnia-Nya” (al-Syra 42:26).

3. Didampingi oleh malaikat dan menghalau syaitan
Orang yang sentiasa berdoa ini akan senang didampingi oleh malaikat.. Kerana malaikat merupakan makhluk yang sentiasa memuji kebesaran Allah. Jadi mereka juga mencintai manusia yang sentiasa berdoa dan mengagungkan kebesaran Allah. Jika kita tidak berdoa, syaitan akan sentiasa menghampiri kita.. Time tu kite kan rasa cepat marah, x selesa, x puas hati dan macam-macam lagi sehingga kita lupa dengan nikmat tuhan. Melalui doa lah kita memohon kepada Allah agar dijauhi dari segala tipu daya syaitan..

4. Melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan
Ramai daripada kita sentiasa berkongsi masalah kepada orang lain. Tapi tau x sebenarnya kita perlu berkongsi masalah kita dengan Allah S.W.T. Dia lah yang menciptakan kekusutan dan Dia juga lah yang meleraikan kekusutan tersebut. Kapten x cakap berkongsi masalah dengan manusia tu salah.. Tapi mengikut pengalaman kapten kadang kala kita ceritakan masalah kita seolah-olah kita berputus asa dari rahmat Allah. Berfikiran positif lah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk”. (al-Baqarah 2:186).

5 Mengaktifkan diri untuk berusaha.
Apabila kita berdoa, maka kita dengan sendiri nya telah mengaktifkan diri untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh mase kapten nk buat tesis dulu.. Kapten tatau nak buat ape.. Kapten pun berdoa selepas solat… Alhamdulillah semangat kapten bertambah… idea pun mencurah-curah.. Kawan-kawan ajak kluar pun kapten x nak kuar sebab ada kesedaran selepas berdoa tadi.. Kapten yakin jika kapten tak bedoa kepada Allah mungkin kapten akan menangguhkan kerja tersebut..


6. Menghindarkan daripada penyakit fizikal dan mental
Dengan berdoa, kita akan berasa lebih tenang.. Cara berfikir pun menjadi lebih baik.. Segala tindakan kita lebih tersusun. Hal ini menjadikan kehidupan akan bertambah baik. Jika kita susah sangat nak berdoa.. Mula lah kita berfikir benda yang bukan-bukan… Berfikir kebesaran Allah elok jgak.. ni bfikir benda yang jauh menyimpang dari rahmat Allah.. Time tu mula la kita rasa x tenang, jiwa bergelora.. Akhirnya akan menganggu kesihatan tubuh dan minda. Kadang-kala apa yang kita nak tu bukan bnd yang elok pun.. Tapi sebab tpengaruh dengan persekitaran kita pun rasa nak jugak benda tu.. Melalui doa lah Allah akan memberi hidayah  agar apa yang tidak elok kepada kita dapat dijauhkan…

 Salah faham tentang berdoa
De orang yang suka berdoa tetapi x suka berusaha.. Sebenarnya mukmin yang sejati ialah mukmin yang setelah berusaha mereka akan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Berikut merupakan ciri-ciri manusia.  Apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T... apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan kapten.. Wallahualam.....
Usaha            +   Doa             = Orang Mukmin
Usaha            +  Tanpa Doa   = Orang Sombong
Tiada Usaha  +   Doa             = Orang yang Malas

4 comments:

Anonymous said...

bagus2...kdg2 org bedoa mase solat jer...2 pn ibarat mcm mlepaskn btuk kt tngge jer..."ya ALLAH..kire mcm bese la"...da mcm order kt mapley lak...lg 1 tuk kongsi2 same2 la...doa merupakn medium paling laju skli...ad org ckp bnyi,cahaya laju kn...tp doala plg laju...

kapten rei said...

Thank gjo sbb bkongsi ilmu.. bru tau doa lbih laju dari klajuan cahaya.. tp de ke org doa mcm tu..huhu

brader_antz said...

bnyk kn tyme doa..:)..bru td bork psl doa ngn kawan..huhu

kapten rei said...

oh yeke.. ak akn cube mmperbanyakkan masa tuk berdoa.. paan klu de pkongsian ilmu kongsi la dgn ak..hehe..