Tuesday 15 March 2011

Bangunan Mesra Alam



Sape pernah tengok cite 11th hour.. angkat laptop.. Sape yang belum tengok lagi jom pakat tengok ramai2..heh.. Cite 11th hour ni mengisahkan bencana alam yang terjadi akibat daripada perbuatan manusia sendiri. Dan dalam cite tu de tunjuk menyelesaian yang akan dan telah dilakukan oleh Negara maju tuk menangani bencana alam ni.. antaranya ialah membina bangunan yang mesra alam..

Bangunan mesra alam ni dibina untuk keperluan manusia, namun dalam masa yang sama ia memelihara alam sekitar. Bangunan ini memperoleh tenaga elektrik daripada sumber bersih seperti cahaya matahari, angin dan air. Tidak seperti bangunan yang menggunakan elektrik daripada sumber api fosil yang mencemarkan.



Sape panas.. tanggal baju.. haha.. Sebenarnya penggunaan alat penghawa dingin ni antara penyebab kenaikan suhu dunia. Dah la banyak makan letrik, pastu leh nipiskan ozon lagi. Ish2.. Melalui bangunan mesra alam ini, alat penghawa dingin tidak digunakan. Sebaliknya bangunan tersebut menggunakan sistem pengairan air ke seluruh bangunan untuk memastikan bangunan sentiasa dalam keadaan dingin.. Subhanallah.. Hebat2..

 

Ada juga bangunan mesra alam ni da jadi macam pokok da fungsinye.. Klu setakat tengok bangunan letak pokok banyak-banyak tu x kisah sangat ye tak. Ni melalui teknologi terbaru.. Simen yang digunakan untuk membina bangunan adalah mesra alam. Simen ni die akan serap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke udara.. Peh.. da macam pokok betul ni..haha..






 Ok anda leh search kat google mengenai gambar-gambar (gambo2 ni pun kapten amik kat google imej je..haha) dan info berguna mengenai bangunan mesra alam ni.. Memang sume gempak2 belake.. Namun sebagai manusia, kita perlu juga menjaga alam sekitar. Kalau bangunan da mesra alam tapi kite masih buang sampah merata-rata, memusnahkan hutan, membakar sampah dan macam-macam la yang boleh menyebabkan alam ini semakin rosak pe guna ye x.. Lagipun AllahS.W.T telah mengingatkan kita agar sentiasa melakukan kebaikan dan  menjaga alam sekitar.



No comments: