Monday 21 March 2011

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar Di Malaysia 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kawan-kawan suka tak pergi melancong? Kapten paling suke melancong.. Lagi-lagi ke kawasan pantai yang indah dan permai..Dengan desiran ombak berlari-lari sambil pohon kelapa melambai-lambai (dah2.. ni nota ilmiah bukan sastera :p). Ok serius balik..hoho.. Sekarang ni banyak projek pembangunan seperti chalet, hotel, gerai-gerai dilaksanakan di kawasan pelancongan untuk kemudahan pelancong dan pengunjung. Selain itu, kawasan penduduk setempat juga mengalami kesan pembangunan dari segi kemudahan jalan raya, lampu jalan dan peluang ekonomi. Namun tidak semua menerima kesan yang positif hasil dari pembangunan tersebut. Biasanya impak negatif berlaku terhadap produk pelancongan tersebut.. Contohnya pelancongan berasaskan pantai.

Impak negatif yang dihadapi oleh pantai ialah hakisan tanah. Tahu tak di kebanyakan pantai di Malaysia mengalami kesan hakisan yang amat membimbangkan. Hakisan ialah proses penghausan atau pengukiran bumi yang melibatkan pemindahan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air hujan, air mengalir, angin, ombak dan lain-lain.. Kadar hakisan biasa (tanpa faktor hujan) di Malaysia ialah antara 2000-3000 tan metrik sekilometer persegi setahun (antara paling tinggi di dunia). Hakisan semakin menjadi-jadi di kawasan pinggir pantai. Dikatakan juga garis pesisir semakin kurang akibat faktor semulajadi (kenaikan aras laut). Bagaimanapun, faktor manusia adalah dianggap paling dominan akibat daripada penarahan pinggir pantai untuk membuat chalet, hotel dan premis perniagaan.
Selain itu impak negatif yang dihadapi oleh pantai ialah pemendapan. Pemendapan ialah     bahan-bahan seperti tanah, kelodak dan pasir yang terdapat di dasar pantai. Pemendapan akan memberi kesan kepada kualiti air marin, ekosistem pinggir pantai, bakau dan terumbu karang. Aktiviti manusia yang rakus menarah tanah untuk pembangunan memburukkan lagi keadaan apabila hakisan tanah meningkatkan proses pemendapan pantai. Pemendapan di dasar sungai dan pinggir pantai akan mencetekkan sungai dan pantai/muara. Hal ini akan menjadikan pantai kurang digemari oleh pelancong yang ingin bermandi manda.

Kesan negatif yang paling kritikal ialah pencemaran marin.  Contoh yang dikumpulkan daripada 237 stesen menunjukkan bahawa pencemar utama perairan pantai di semua negeri di Malaysia adalah minyak dan gris, jumlah pepejal terampai dan bakteria Escherichia coli (E. coli) pergh.. bebelit gak nak mnyebut nye ni.. Hampir 94 peratus daripada contoh tersebut dicemari oleh minyak dan gris, 73 peratus oleh jumlah pepejal terampai dan 30 peratus mengandungi bakteria E. coli. Korang faham-faham la kan pepejal terampai dan bakteria E. coli ni berasal dari mana..huhu.. Pelepasan sisa kumbahan dari taman perumahan dan chalet ke pantai, pembuangan sisa masakan dari gerai dan restoran serta pembuangan sampah oleh pelancong yang datang ke pantai memburukkan lagi keadaan. Pencemaran marin bukan sahaja menjejaskan ekosistem akuatik yang terdapat di pantai tersebut, malah menjejaskan kesihatan manusia.

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada   orang-orang yang memperbaiki amalannya." (al-A'raaf  7:56)


nota kaki: this information is taken and has modified from my lecturer and this picture is taken by google images..  :)

2 comments:

Liquid said...

sungguh berinfomasi entry ko kali neh ehehehehe

kapten rei said...

hehe.. sje je ak amk dr nota lect ak.. da xde idea btl ni..huhu